Home » » Ya yakun zauji (Wahai bakal suamiku).

Ya yakun zauji (Wahai bakal suamiku).

Written By Unknown on Kamis, 21 November 2013 | 17.11

Ya yakun zauji (Wahai bakal suamiku).


Wahai bakal suamiku yang telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat. Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu, itulah yang sering aku dengar bila berbicarakan tentang cinta adam dan hawa. 


Wahai bakal suamiku, isterimu ini tidak kisah walau bagaimanapun keadaan fizikalmu. Cuma, aku di sini sangat kisah tentang keadaan imanmu. Aku amat berharap aku dapat menjadi sayap kiri dalam perjuangan jihadmu. Aku juga harapkan darahku ini akan tertumpah sebagai darah syahid. Aku disini memerlukanmu.


Kau teruskanlah memimpin tanganku. Papahlah aku. Bantulah aku. Persiapkanlah aku dengan ilmu yang melimpah-limpah agar semua itu dapat aku jadikan perisai untuk melindungimu, membantu dan menjadi sayap kirimu yang paling utuh sekali hanya untukmu wahai mujadiku demi perjuangkan agama Kekasih kita yang Hakiki.


Wahai bakal suamiku. Aku tidak tahu dimanakah kau sekarang, bagaimana keadaanmu. Bagaimana rupamu, bagaimana akhlakmu, bagaimana kehidupanmu sebagai seorang muslimin. Aku tidak tahu. Semua itu adalah rahsia Sang Pencipta, hanya Dia sahaja yang tahu. Aku persiapkan diriku sesempurna yang mungkin untuk bertemu denganmu hanya pada saat kau lafazkan ijab dan kabul untuk memartabatkan aku kepada dunia bahawa akulah serikandi serta permaisuri dalam hidupmu. Tidak sabar untuk menantikan saat itu.


Sesungguhnya wahai bakal suamiku, dalam perjuangan ini, suka, mahupun duka. Tapi, walaupun sukar aku disini akan tetap cuba sebaik yang mungkin untuk jadi yang terbaik sebagai tulang rusuk kirimu dalam perjuanganmu yang paling setia dan hebat sekali dalam membantumu dalam apa jua sekalipon.


Wahai bakal suamiku. Setiap hari antara doa yang tidak lupa untuk ku panjatkan kpd Ya Rabbi adalah doa untukmu.
"Ya Allah. Kurniakanlah kepadaku hamba Mu yang soleh sebagai suamiku agar dia dapat membimbingku menuju JannahMu".
Resah gelisah hati menunggu, mengira detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan. Bersama-sama denganmu mujahidku, menemanimu dalam suka dan duka aku. 

Aku tidak pernah risau siapakah dia yang bakal halal buatku kerana aku percaya janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Dan aku juga tidak pernah bimbang akan dirimu wahai jodoh kerana aku tahu dikau sentiasa dalam peliharaan Allah :)

http://yardzahari.blogspot.com/2012/06/ya-yakun-zauji.html
Share this article :

3 komentar:

Silahkan tinggalkan komentar di atas caranya
1. Masukkan Komentar anda di kolom komentar
2. Pada Kotak "Beri Komentar sebagai" pilih akun yang ada pada pilihan.
3. klik publikasikan.
5. isi code capta
6. tekan enter atau publikasikan.

Anda di perbolehkan berkomentar dengan memperhatikan hal-hal berikut:
1. Komentar jangan mengandung SARA dan PORNO
2. Berkomentarlah dengan bahasa yang sopan.
3. Tidak Boleh SPAM
4. Jangan meninggalkan Link aktif pada komentar. Komentar dengan Link Aktif akan dihapus.
5. Berkomentarlah sesuai dengan topik artikel

 
Support : Amalkan Ilmu Berbagi Untuk Semua | Blog SEO Arul
Copyright © 2013. Amriani Hamzah Dara Daeng Makassar - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger